Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akhbar England, The Telegraph mendedahkan senarai anggota kabinet pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Dalam carta organisasi tersebut, Abu Bakar al-Baghdadi menduduki jawatan tertinggi sebagai khalifah.
Jawatan kepimpinan ISIL
Dikepalai oleh Abu Bakar al-Baghdadi atau Ibrahim al-Badri. Sementara itu Abu Muslim al-Turkmani atau Fadel Abdullah al-Hiyali dinamakan sebagai timbalannya yang merupakan bekas pegawai tentera Iraq di kota Tal Afar.
Menteri Kanan
Dikepalai oleh Abu Abdul Rahman al-Bilawi, atau Adnan Ismail Najm yang juga bekas tentera Iraq yang terbunuh pada 5 Jun lalu di Mosul. Setelah al-Bilawi, menteri kanan kedua diduduki oleh Abdullah Ahmad al-Mashdani yang merupakan menjadi bertanggung jawab merekrut relawan Arab dan pengebom bunuh diri. Menteri ketiga bernama Muhammad Hamid al-Dulaimi yang bertanggung jawab dalam masalah pengaturan seluruh organisasi seperti pengiriman kepala operasi. Keempat ialah Abu Salah atau Muwaffaq Mustafa ak-Kermush yang menjaga hal ehwal harta. Abu Ali yang dikenali sebagai Abu Lu'i atau nama sebenarnya Abdul Wahid Khudair Ahmad menjawat menteri kanan kelima dengan memikul tanggung jawab keselamatan umum. Menteri kanan keenam ialah Abu Muhammad atau Bashar al-Hamdani menjaga hal ehwal penjara dan ketujuh ialah Abu Abdul Qadir atau Shawat Hazim al-Farahat yang menjaga masalah pentadbiran.
Senarai pemimpin perang (Dari kanan)
1. Abu Kifah atau Khizi Abd Hamud al-Ta'i, komandan pengeboman
2. Abu Saja atau Auf Abdul Rahman al-'Afri, komandan hal ehwal kemasyarakatan
3. Abu Shima, atau Faris Riyadh al-Nu'aimi, penjaga gudang senjata
Gabenor (Dari kanan)
1. Abu Masirah atau Ahmad Abdul Qadir, pegawai Baghdad
2. Abu Minhad atau Adnan Latif Hamid al-Swidawi pegawai ISIL di Anbar yang merupakan bekas pegawai tentera Iraq
3. Abu Jarnas atau Ridhwan Talib Hamduni, pegawai sempadan Iraq dan Syria
4. Abu Fathimah atau Ahmad Muhsin al-Jahshi, pegawai kota Furat Tengah
5. Abu Fathinah atau Nu'man Abd al-Naif al-Jaburi, pegawai kota Kirkuk
6. Abu Nabil atau Wusam Abd Zir al-Zubaidi, pegawai kota Salahuddin, terbunuh di awal Julai lalu.
